Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula
tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi
diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk
kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan
keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te
Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan
melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen,
berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid
wanita.
Apakah itu Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal
daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar
dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang
khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk
mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga
kesihatan.
Apakah ramuan yang terkandung dalam Beijing Te Zhi Bai Feng
Wan?
Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga,
iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix
Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix
Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma
Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita
dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.
Apakah kesan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Beijing Te Zhi Bai Feng Wan dibuat daripada pelbagai jenis
ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan
darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan
kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan
oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan
debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri,
pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.
Adakah pengambilan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan akan
menyebabkan badan terlalu panas?
Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk
membantu penyerapan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan oleh badan.
Siapakah yang perlu mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.
Bolehkah ibu mengandung mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng
Wan?
Tidak dicadangkan kerana hormon ibu mengandung tidak stabil
dalam tempoh mengandung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan